May 31, 2007

::isu kecil::

Makin tenggelam dengan dunia, makin tahu apa itu makna hidup.

Walau dalam penulisan bukan semuanya akan 'reveal'...tetapi, sedikit dan sebanyaknya akan mengingatkan diri dan orang lain tentang makna kewajipan, kematangan, atau simbolik-simbolik yang bermain di sekitar dunia.

Kisah dan cerita, walau mungkin bahan biasa, tapi masih bermakna. Kerna, kadang kita terlalu fikir tentang planet luar, namun sering jugaklah melupakan tanggungjawab sebagai anak di rumah.

Penaku, sebagai melengkapi penulisan besar-besar (+kan kecil itu yang sering dilupakan?)

Jika kita masih mahu ingat dunia atuk nenek, kelapa lama itulah yang lebih banyak bersantan. [lagi matang dan tenang]

-------------

Aku bukan mahu jadi tua, tapi menjadi 'along', yang mahu melihat jauh di belakang, juga jauh ke depan: sebagai penjaga sebuah keluarga. Jangan ada yang bisa racuni ahli keluargaku semuanya :)

No comments: